Saturday, July 26, 2008

SALAM PERPADUAN UNTUK SEMUA

Syukur kerana akhirnya cita-cita untuk menghasilkan blog untuk KRT BTS 'A' akhirnya tercapai walaupun agak lewat. Bukan apa, ilmu berkaitan ICT tidak begitu tinggi. Terpaksa ke hulu ke hilir semata-mata untuk mendapatkan ilmu dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang agak berilmu.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang membantu. Terima kasih juga kepada Jawatankuasa KRT BTS 'A' terutamanya Tuan Mohd Fadli bin Jaini yang tidak pernah jemu-jemu dan tidak pernah serik memberikan sokongan, dokongan dan nasihat supaya KRT BTS 'A' ini terus maju ke hadapan.
Saya amat mengharapkan dengan wujudnya blog ini, maka para AJK KRT BTS 'A' dan Rakan KRT BTS 'A' dapat berjuang dengan lebih bersemangat lagi demi memantapkan perpaduan di kalangan penduduk yang mendiami Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasek Selatan.

No comments: