Wednesday, July 30, 2008

Masa Yang Ada Semakin Pendek

Jika di kira jumlah hari, hari nih mungkin dah hampir dua bulan aku tak join aktiviti KRT. Letih. Penat. Tanggungjawab bertimbun. Terkilan. Kecewa. Kecil hati. Macam-macam.

Rindu juga tetapi apakan daya. Kebajikan rakyat lebih penting buat masa sekarang. Buat rakan-rakan KRT BTS 'A', belajar-belajarlah buat kerja supaya KRT ini akan hidup sampai bila-bila dan bukan hidup segan mati tak mahu.

Kurangkan bercakap. Kurangkan bergossip. Kurangkan bersangka buruk. Kurangkan segala-gala yang sewaktu dengannya.

Banyakkan berfikir. Banyakkan bekerja. Banyakkan percambahan buah fikiran. Cabaran pihak musuh semakin kuat dan semakin mengganas. Kuatkan perpaduan di kalangan kita supaya cabaran yang ganas itu dapat kita jinakkan.

No comments: