Wednesday, July 30, 2008

Masa Yang Ada Semakin Pendek

Jika di kira jumlah hari, hari nih mungkin dah hampir dua bulan aku tak join aktiviti KRT. Letih. Penat. Tanggungjawab bertimbun. Terkilan. Kecewa. Kecil hati. Macam-macam.

Rindu juga tetapi apakan daya. Kebajikan rakyat lebih penting buat masa sekarang. Buat rakan-rakan KRT BTS 'A', belajar-belajarlah buat kerja supaya KRT ini akan hidup sampai bila-bila dan bukan hidup segan mati tak mahu.

Kurangkan bercakap. Kurangkan bergossip. Kurangkan bersangka buruk. Kurangkan segala-gala yang sewaktu dengannya.

Banyakkan berfikir. Banyakkan bekerja. Banyakkan percambahan buah fikiran. Cabaran pihak musuh semakin kuat dan semakin mengganas. Kuatkan perpaduan di kalangan kita supaya cabaran yang ganas itu dapat kita jinakkan.

Saturday, July 26, 2008

SEMUA GAMBAR SUDAH DIUPLOAD

Alhamdulillah, semua gambar berkaitan telahpun diuploadkan. Jadi, bekerjalah dan berjuanglah dengan bersungguh-sungguh supapa KRT BTS 'A' berjaya menjadi KRT yang paling aktif di Wilayah Persekutuan. InsyaAllah. Ameen.

AKTIVITI YANG PERNAH DIJALANKAN OLEH KRT BANDAR TASEK SELATAN 'A'

Untuk makluman semua, walaupun baru berumur tidak sampai dua tahun, KRT BTS 'A' telah menjalankan pelbagai aktiviti yang merangkumi aktiviti kebajikan, kemasyarakatan, sukan, remaja dan sebagainya.

Berikut disenaraikan aktiviti yang telah dijalankan ataupun aktiviti yang telah disertai oleh KRT BTS 'A' :

Sukaneka sempena Majlis Perasmian KRT Bandar Tasek Selatan 'A'

Pertandingan Street Soccer Remaja Bandar Tasek Selatan

Majlis Tahli dan Bacaan Yaseen Bulanan

Pertandingan Futsal Perpaduan Daerah Cheras

Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Daerah Cheras

Summer Camp Smart Solat

Kem Smart Solat Anak Soleh

Majlis Kenduri Kahwin

Pertandingan Street Soccer Perpaduan Pantai Dalam

Gotong-Royong Membersihkan Blok B Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasek Selatan

Senamrobik Mingguan Untuk Kaum Ibu

Majlis Jamuan Hari Raya dan Penyampaian Sumbangan Kepada Anak Yatim, Ibu Tunggal dan OKU

Tahlil dan Ihya Ramadhan

Kem Kembar Padu Anak Malaysia

Karnival Padu Anak Malaysia

dan banyak lagi

InsyaAllah, gambar-gambar berkaitan semua program ini akan disertakan kemudian. Harap dapat bersabar.

SALAM PERPADUAN UNTUK SEMUA

Syukur kerana akhirnya cita-cita untuk menghasilkan blog untuk KRT BTS 'A' akhirnya tercapai walaupun agak lewat. Bukan apa, ilmu berkaitan ICT tidak begitu tinggi. Terpaksa ke hulu ke hilir semata-mata untuk mendapatkan ilmu dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang agak berilmu.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang membantu. Terima kasih juga kepada Jawatankuasa KRT BTS 'A' terutamanya Tuan Mohd Fadli bin Jaini yang tidak pernah jemu-jemu dan tidak pernah serik memberikan sokongan, dokongan dan nasihat supaya KRT BTS 'A' ini terus maju ke hadapan.
Saya amat mengharapkan dengan wujudnya blog ini, maka para AJK KRT BTS 'A' dan Rakan KRT BTS 'A' dapat berjuang dengan lebih bersemangat lagi demi memantapkan perpaduan di kalangan penduduk yang mendiami Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasek Selatan.